Tuesday, 31 December 2013

Akikah Adik Zia Afreena

SABTU, 28 BECEMBER 2013

Nama :  ZIA AFREENA BT MUHAMAD SHARIFUZ ZULHILMI
Tempat : NO 993, Jalan Molek 6/8, Seksyen 6 Petaling Jaya, 46000 Selangor
Waktu majlis : 11.00 a.m - 3.00 p.m


alolo .. ni baby Zia with her lovely mum <3

nahh kambing akikah ..



santapan kitaa ..












Selesai sudah majlis kita, terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Muhamad Sharifuz Zulhilmi dan keluarga kerana telah memilih dan meyakini MatadorFoodServices untuk menguruskan majlis akikah baby Zia ni . Thanks a lot . Semoga berjumpa lagi di hari lain . Don't forget to like our facebook page k . See ya , bye :))

Friday, 27 December 2013

KHASIAT DAN KELEBIHAN KAMBING YANG SEBENAR

Selamat bertemu .

Para tetamu blogwalking sekalian, maii maii rini kita nak talking-talking pasal kambing sikit, yelah makan banyak dah kan ? Kita makan punya enak lazat tapi sikit pun taktau ape kelebihan kambing ni . Mai cek nak habak ni ..

Kelebihan dia sangat banyak sekali, antaranya :-

1. MAKANAN SUNNAH NABI

   Daging kambing ini adalah makanan kegemaran Nabi kita, Nabi Muhammad SAW . Dulu orang Malaysia tak reti makan kambing ni, tapi dah ramai yang berkunjung ke negara Arab sana, adalah merasa dan telah dicoba-coba di Malaysia, maka orang Malaysia pun da minat makan kambing . Tapi orang kafir mengwar-warkan pada kita bahawa tak elok makan kambing ni, padahal tu semua tipu belaka. Kita yang terlampau bergantung pada fakta mereka tanpa kaji, hakiatnya banyak kelebihan dan khasiat yang Nabi bagitau pasal kambing .

2. KOMPOSISI KHASIAT

   Ramai yang menyalahkan daging kambing penyebab sakit jantung . Eh salah tu ok, kajian ACES membuktikan khasiat daging kambing matang tinggi lagi dari lembu, khinzir, ayam dan kambing muda . Paras kolestrol dan lemak tepu daging kambing jauh lebih rendah daripada yang lain .

Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan jika Omega 3 ada dalam darah, tapi Omega 3 tak mampu uraikan kolestrol yang terbentuk . Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol kambing paling layak untuk mengurai kolestrol itu . Kandungan lemak tepu yang rendah membantu merendahkan risiko strok dan penyakit jantung .

Selain itu, daging kambing sebagai sumber protein ideal yang mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan oleh tubuh badan serta kandungan zat besi yang tinggi, selain mampu membantu penghidap anemia .

3. PENCEGAH PELBAGAI PENYAKIT

   Darah tinggi - Kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi boleh diurai dengan kolestrol kambing. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala  penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening . AMARAN di sini, sekiranya pesakit darah tinggi tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini, dinasihatkan tidak mengambil daging kambing sebagai terapi .

  Obesiti - Lemak di bawah kulit yang gagal dicerna oleh hati akan mengakibatkan obesiti (kegemukan) jika terdapat jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil dagingkambing sebagai terapi, akan mengalami masalah tekanan darah tidak stabil dan pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu. Selain itu, daging kambing membakar lemak berlebihan . Kesan pembakaran lemak mungkin terjadi panas badan, berpeluh dan telinga berdengung . Nak kurus ni boleh ni guna daging kambing ..

   Jantung - Lemak tepu berisiko mendatangkan pelbagai penyakit kardiovaskular . Kolestrol mampu melekat di dinding salur arteri dan menyebabkan plak yang menjadikan salur darah sempit atau tersekat, boleh menyebabkan penyakit jantung atau strok .

4. SUSU BERKHASIAT

   Susu kambing bagus untuk kesihatan kulit, khususnya membantu merawat jerawat, psoriasis atau ek zema . Selain itu, susu kambing juga mengandungi kandungan zat mineral yang tinggi . Mejadikannya amat berguna untuk merawat penyakit anemia dan tulang rapuh, juga berguna untuk rawatan kencing manis .

Ibu hamil digalakkan makan daging kambing untuk menguatkan fizikal dan mengatasi keletihan . Tambahan pula, susu kambing lebih mudah dihadam berbanding susu lembu . Hakikatnya, susu kambing sesuai dan sihat untuk semua lapisan umur .

5. MENCANTIKKAN KULIT

Vitamin C yang tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit , mampu menyeimbangkan dan mengurangkan funsi hempedu serta mencantikkan kulit .

Pengambilan protein secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bawah kulit, ia akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari . Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari .

Jadi mengamalkan daging kambing dan susunya boleh mencantikkan kulit dan putih, ni semula jadi tauu ..

Lagi, meningkatkan kasih sayang dan kegembiraan . Sebab mudah dia, perut sudah kenyang maka hati pun senang , tak begitu ? hehe .

Okey lah thats all for today, hope kita dapat sesuatu yang bermanfaat daripada ilmu kita harini, dan sebar-sebarkanlah khasiat makanan feveret Nabi ni . Jangan terpengaruh dengan barat tu okey ?

Hadis Nabi :
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keslamatan agama kamu, Dia telah berputus asa menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."


Monday, 23 December 2013

Selamat Pengantin Baru Ikwan & Linda :D

Haii biase lah cuti bulan 12 ni mang ramai yang ingin melangsungkan perkahwinan, mendirikan masjid katakan . Baik niatnya itu . Jadi ..

Kepukk kepuukk gdangg gdangg pukk pukk , wah tahniah kepada pasangan raja sehari kita Ikwan & Linda yang telah selamat melangsungkan persandingan mereka . Semoga bahagia hingga ke anak cucuc hendaknya . Nampak serasi benar kau .. 

Tarikh : 22 Disember 2013
Tempat : Dewan MPK, Meru, Klang

Ikwan <3  Linda
Abang Bob kita ..











mmm yummy , ready to eat !!
Selamat Pengantin Baru buat pasangan, terima kasih kerana telah menjemput pihak Matador Food Services ke majlis perkahwinan kalian . Semoga bahagia dan berjumpa lagi hendaknya . Wassalam .



Friday, 20 December 2013

Gathering ex-schoolmate SMJK Jalan Bukit Kajang

Hollaa , cuti cuti cenggini mesti ramai yang pi holiday enn, mesti merata dah korang pergi . Ehh Matador Food Services pun ade holiday juga tau , tak jauh pun seberang pulau je . Aaa trip kali ni kami gerak ke Pulau Pangkor . Kehadiran kali ni untuk gathering ex-schoolmate salah sorang daripada chef kami tuh .

Haa uolls menu kali ni ade sekali ayam bakor , al-maklum kekadang ada yang tak makan kambing , sian yang tak makan tuh tengok terliur je . So kami serve juga ayam bakor , haa kau semerbak oii bau dia , memang nyamm nyamm lah .

kambing bakor 

ayam bako pun ado !!

tudiaa kambing
ex-ex smjk


boleh makan da ni :))








ramai pekerja tambahannya , hepy lagi tuh ..


ni pun ex smjk merangkap chef , posing aa~
Seharian kami di Pangkor, overall seronok . Kalau dapat bakar tepi pantai lagi best, dengan angin pantai dan bau semerbak fuhh , hehe . Okey lah terima kasih untuk semua ex-ex SMJK Jalan Bukit Kajang yang hadir :)) Hope we will meet uolls again .

Wednesday, 18 December 2013

Akikah adik Izara Sofea

Majlis Akikah adik Izara Sofea
Tarikh : 9 December 2013
Tempat : Selekoh, Perak





Penyediaan makanan





Encik Oslan 





Maaf gambar baby sekeluarga takda pulak, tapi Terima kasih kepada adik Izara Sofea dan keluarga kerana menjemput kami . Semoga berjumpa lagi, InshaaAllah :))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright @ Encik Matador , All Right Reserved