First of all , ampun dan maaf dipohon sebab dah lama sangat tak ngepdate belog ni , maklumlah pembukaan tahun ni busy sampai tak cukup tanah dibuatnya .
*tipu ni Tahun ni Maulidur Rasul berada di bulan January iaitu pada 14hb bersamaan 12 Rabiulawal 1435 H .
Sempena sambutan Maulidur Rasul ini , penting sangat dan menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam menghormati hari tersebut kerana merupakan birthday junjungan nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W . Jadi sempena daripada itu, Masjid Kampung Permatang telah mengadakan sesi ceramah dan perarakan dan menjemput pihak kami untuk menyediakan juadah makan selepas selesai majlis tersebut . Kambinglah menu utama juadah pada hari tersebut .
 |
Pusing kampung naik ketapi yang kt Bukit Malawati tu , class jahh :) |
 |
yang dipegang tuh yummy !! |
 |
Supervisor merah lorh |
 |
Asap-asap , tutup mate kejap |
Sekian gambar , tak banyak sebab semua tak menang tangan ramai sangat hadirin dan hadirat nya . Laju saja semua menyambar , bebudak tahfiz pun ramai datang , seronok tengok semua bersemangat makan makanan kegemararan Rasulullah . Alhamdulillah licin . Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak masjid yang telah menjemput Matador Food Services . Semoga kita berjumpa lagi dan mampu mengeratkan lagi ukhuwah kita .Wassalam .